Libya rejim Gaddafi

Nama rasmi negara Libya banyak ditukar beberapa kali sepanjang pemerintahan Muammar Gaddafi, mula-mulanya sebagai Republik Arab Libya sehingga 1977 di mana Jamahiriya Arab Libya Rakyat Sosialis (Socialist People's Libyan Arab Jamahariya).[1] Jamahiriya merupakan istilah khusus dipakai Gaddafi[1] yang sering ditakrifkan sebagai "negara masyarakat". Negara ini dinamakan semula sekali lagi sebagai Jamahiriya Rakyat Sosialis Raya Arab Libya (Great Socialist People's Libyan Arab Jamahiriya) pada tahun 1986 setelah berlakunya serangan Amerika Syarikat ke atas negara tersebut pada tahun itu.Rencana ini mencakupi banyak fasa dalam pemerintahan Gaddafi terhadap negara Libya sejak beliau menggulingkan Raja Idris I dalam suatu rampasan kuasa yang aman dan penghapusan kerajaan baginda sehinggalah beliau digulingkan dan terbunuh dalam peperangan menentang pemberontak pimpinan Majlis Peralihan Kebangsaan pada 2011.